Jumaat, 11 Jun 2010

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


bahan-bahan
ikan siakap 1kg(dikelar dan dilumur dengan garam,serbuk kunyit dan tepung jagung)
Halia,bawang merah dan bawang putih (ditumbuk untuk menumis)
nenas,cili bangla atau cili merah,tomato,carrot(di potong dadu)
Sos cili,sos tomato,sos tiram,kicap soya
Tepung jagung(untuk pekatkan kuah)
Air
garam dan gula

Cara-cara
ikan
Mula-mula panaskan minyak untuk menggoreng ikan siakap,setelah minyak dah panas...masukkan ikan siakap tadi yang dilumur garam,kunyit dan tepung jagung..fungsi tepung jagung tu supaya ikan tadi menjadi rangup....Goreng ikan (deep fry)sehingga garing yea...Pastikan api tu sederhana supaya ikan masak sekata...

Kuah
Pastikan kuali panas...masukkan 6 sudu minyak masak...masukkan bawang putih,halia dan bawang merah...hingga naik bau...kemudian masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,dan kicap soya...seterusnyer dikacau rata dan masukkan sedikit air..seterusnyer masukkan air yang dicampur tepung jagung tadi....pastikan tepung jagung dibancuh dengan air masak dan air tidak panas bagi mengelakkan tepung jagung menjadi berketul-ketul.....masukkan pula bahan-bahan sayur seperti nenas,cili benggala,cili merah,tomato dan carrot tadi...kacau semua bahan hingga sebati dan masak...setelah kuah masak..matikan api..sekarang bolehlah mencurahkan kuah tersebut keatas ikan siakap yang sudah digoreng tadi...dan hiaslah cantik-cantik ikut kesenian masing-masing supaya nampak menyelerakan.....SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan